Covid-19: Peniaga Pasar Besar Seremban disaring

Yeaw Sew Chuong menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi Kelab Media Negeri Sembilan, Arfi. Turut disaksikan oleh Teo Kok Seong
Yeaw Sew Chuong menyampaikan sumbangan kepada Pengerusi Kelab Media Negeri Sembilan, Arfi. Turut disaksikan oleh Teo Kok Seong
A
A
A

NILAI - Kira-kira 600 peniaga Pasar Besar Seremban akan disaring bagi memastikan tahap kesihatan mereka terjamin dan bebas daripada jangkitan koronavirus (Covid-19).

Exco Kesejahteran Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, Teo Kok Seong berkata, mereka akan disaring bermula 1 Mei oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.

"Saringan ini perlu dibuat memandangkan ada peniaga yang mengambil bekalan sayur-sayuran dari Pasar Borong Selayang.

"Kita khuatir ada peniaga di Pasar Besar Seremban dijangkiti, jadi sebelum berlakunya sesuatu yang tidak diingini, kita buat saringan awal, termasuk juga peniaga di Pasar Ampangan yang ada mengambil bekalan daripada peniaga di Pasar Borong Selayang,"katanya selepas Majlis Penyerahan Bantuan Topeng Muka kepada Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bahau, Jabatan Penyiaran Negeri Sembilan dan Kelab Media Negeri Sembilan oleh GD Holdings dekat Pejabat Urusan GD Holdings di sini, hari ini.

Hadir sama, Datuk Bandar MBS, Datuk Zazali Salehudin, Pengerusi Eksekutif Kumpulan GD Holdings, Datuk Sri Yeat Sew Chuong dan Pengerusi Kelab Media Negeri Sembilan, Arfi Ahmad.

Katanya, pihaknya telah memaklumkan senarai peniaga kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) bagi memudahkan pihak JKNNS mengambil tindakan lanjut.

Kok Seong yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahau berkata, pengoperasian Pasar Besar Seremban setakat ini berjalan seperti biasa dan keputusan mengenainya hanya akan diputuskan oleh JKNNS.

Pada majlis tersebut sebanyak 3,000 topeng muka diserahkan kepada petugas media, kakitangan Jabatan Penyiaran dan Pejabat ADUN Bahau bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu Sew Chuong berkata, sebanyak RM300,000 diperuntukkan bagi memberi bantuan 200,000 topeng muka serta 1,000 set PPE, melalui program aktiviti sosial korporat kepada petugas barisan hadapan di Negeri Sembilan.