Padah memancing ketika PKP, dua lelaki ditahan

Antara peralatan pancing yang dirampas susulan penahanan dua lelaki ketika sedang memancing di 30 batu nautika dari Pulau Ketam, Pelabuhan Klang, semalam.
Antara peralatan pancing yang dirampas susulan penahanan dua lelaki ketika sedang memancing di 30 batu nautika dari Pulau Ketam, Pelabuhan Klang, semalam.
A
A
A

PELABUHAN KLANG – [DIKEMAS KINI] Dua pemancing ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ketika sedang memancing kira-kira 30 batu nautika dari Pulau Ketam, di sini, semalam.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Mohamad Rosli Kassim berkata, dua lelaki berusia 33 dan 35 tahun itu ditahan kira-kira jam 12 tengah hari menerusi Op Covid-19 selepas pihaknya mengesan sebuah bot pancing yang mencurigakan.

"Hasil pemeriksaan mendapati dua lelaki tempatan disyaki telah melakukan kesalahan iaitu melakukan aktiviti rekreasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta tidak memakai topeng muka.

"Susulan itu, kita merampas pelbagai jenis ikan seberat kira-kira 60 kilogram serta peralatan memancing untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

APMM Selangor bertindak merampas 60 kilogram hasil tangkapan susulan penahanan dua lelaki ketika sedang memancing di 30 batu nautika dari Pulau Ketam, Pelabuhan Klang, semalam.
APMM Selangor bertindak merampas 60 kilogram hasil tangkapan susulan penahanan dua lelaki ketika sedang memancing di 30 batu nautika dari Pulau Ketam, Pelabuhan Klang, semalam.

Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana ingkar arahan PKP.

"APMM Negeri Selangor akan sentiasa memantau segala aktiviti, kejadian atau jenayah yang berlaku di laut sepanjang tempoh PKP dilaksanakan bagi mengekang penularan pandemik ini demi keselamatan perairan negara," katanya.

Artikel Berkaitan: