Fabregas lebih baik berbanding Ozil

Wilshere (kanan) bersama Fabregas ketika menyarung jersi Arsenal suatu masa dulu.
Wilshere (kanan) bersama Fabregas ketika menyarung jersi Arsenal suatu masa dulu.
A
A
A

BEKAS pemain Arsenal, Jack Wilshere memilih Cesc Fabregas berbanding Mesut Ozil berkenaan pemain lebih hebat dalam kalangan mereka berdua semasa dia menyarung jersi The Gunners.

Menurut Wilshere, biarpun mengakui kedua-dua pemain memiliki kemahiran luar biasa masing-masing, namun Fabregas yang kini beraksi bersama kelab Ligue 1, AS Monaco itu lebih bijak dan kreatif dalam menyusun serta menggerakkan jentera The Gunners secara lebih efektif.

“Saya tidak nafikan bahawa Fabregas dan Ozil memiliki impak positif dalam mengubah dan mengendalikan permainan, cumanya Fabregas lebih baik daripada Ozil dalam mengendalikan rentak permainan. Itulah bezanya.

“Ozil pula tidak sepenuhnya terlibat dalam menggerakkan bahagian serangan berbanding Fabregas yang sering turun mencari bola.

“Saya pernah melihat Fabregas berusaha mencari bola dan mencipta gerakan 10 hingga 12 kali dalam usaha menjaringkan gol," jelas Wilshere yang kini menyarung jersi West Ham United.

Fabregas mencatatkan 92 bantuan gol dari 304 perlawanan bersama Arsenal dari 2003 hingga 2011 manakala Ozil juga tidak kurang hebat apabila mencatatkan 77 bantuan dari 254 penampilan dengan kelab dari London Utara itu hingga kini.

Artikel Berkaitan: