Ayda Jebat, Nabil Mahir bertunang secara dalam talian

Hantaran Ayda dan Nabil menerusi Instagram milik mereka.
Hantaran Ayda dan Nabil menerusi Instagram milik mereka.
A
A
A

PELAKON Ayda Jebat dan pasangannya Nabil Mahir memaklumkan bahawa mereka telah selamat bertunang secara dalam talian.

Berita gembira tersebut disampaikan Ayda Jebat menerusi hantarannya di Instagram memaparkan gambar mereka di atas pelamin dipercayai hasil suntingan.

“Kumbang sudah merisik bunga, direstui oleh ahli keluarga. Lamaran diterima pertunangan pun juga, walaupun online tetap mesra dan bahagia,” pantun Ayda pada hantaran berkenaan.

Nabil Mahir juga menerusi Instagram miliknya turut menghantar gambar yang sama dan membalas pantun Ayda.

“Walaupun jauh cinta tidak terhenti, kumpulkan ahli keluarga di depan kamera. Selesai sudah majlis meminang dan pertunangan online kami, harap doa yang baik-baik dari semua,” tulisnya.

Nabil dalam hantaran yang sama turut berkata bahawa gambar tersebut adalah gambar suntingan sepenuhnya dengan menyertakan hashtag Stay Home.

Meskipun berada di lokasi yang berbeza, pasangan ini kelihatan sangat serasi dengan mengenakan pakaian merah jambu sedondon dan terlihat seperti berada di tempat yang sama.

Ucapan tahniah daripada rakan artis dan juga netizen dizahirkan buat mereka di ruangan komen.

Artikel Berkaitan:

“Tahniah Ayda,” komen artis terkenal Mira Filzah.

“Tahniah kak Ayda sayang dana bang Nabil,” komen pula penyanyi Nanaa Sheme.