18 pekerja kilang cedera bas langgar pokok

Sebuah bas kilang yang membawa 18 pekerja warga Indonesia terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di Jalan Senai - Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Kulai, Johor hari ini. FOTO: ihsan media sosial

A
A
A

KULAI - Seramai 18 pekerja kilang elektronik nyaris maut apabila bas yang dinaiki terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di Jalan Senai - Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini hari ini.

Kejadian jam 6.40 pagi itu berpunca dari tayar depan kanan bas kilang berkenaan yang pecah dan pemandunya hilang kawalan lalu merempuh pokok di tengah pembahagi jalan dan memasuki laluan bertentangan.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, akibat pelanggaran tersebut, seramai 18 pekerja wanita warga Indonesia berusia 20-an hingga 30-an dari Taman Universiti, Skudai di sini cedera.

Seramai 18 pekerja warga Indonesia cedera selepas bas yang membawa mereka hilang kawalan sebelum melanggar sebatang pokok di Jalan Senai - Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Kulai, Johor hari ini. FOTO: ihsan media sosial

"Bas kilang berkenaan membawa pekerja terbabit dari Taman Universiti menghala ke Kilang Panasonic Perindustrian Senai.

"Lapan pekerja sudah dihantar ke klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan kerana mengalami luka-luka kecil akibat terkena pecahan cermin dan masih mendapat rawatan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai di sini hari ini.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: