Anda percaya janji PH tidak ratifikasi ICERD, soal Khairuddin
Paparan Facebook Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali
A
A
A
Beliau mendakwa, jika PH boleh langgar manifesto mereka, apatah lagi janji berkaitan konvensyen tersebut.
"Ahli Parlimen PH khususnya dalam DAP menuntut ICERD sebagaimana jelas tingkah laku mereka di Parlimen.
"Pendesak-pendesak ini tidak akan berhenti. Jika tidak dengan ICERD, mereka akan gunakan saluran lain. Itu niat dan kemahuan mereka," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan sah tak akan ratifikasi ICERD ]
[ ARTIKEL BERKAITAN: Umno curiga tindakan PH tolak ICERD ]
Semalam, Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan mengesahkan kerajaan tidak meratifikasi ICERD.
Sementara itu, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai respons terhadap pengumuman kerajaan meragui keikhlasan kerajaan PH menolak ICERD.
Mengulas lanjut, Khairuddin mendakwa, kenyataan kerajaan PH tidak meratifikasi ICERD hanyalah startegi untuk meredakan kemarahan rakyat.
"Semangat rakyat yang telah bersatu atas isu Islam dan Melayu tidak perlu dimatikan hanya dengan kenyataan media untuk tidak meratifikasi ICERD.
"Kita mahukan negara yang harmoni dengan rakyat dan pemimpin menghormati hak istimewa Islam dan Melayu yang termaktub dalam perlembagaan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!