Pindah RM30,000 ke akaun individu tak dikenali

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

KUANTAN - Seorang warga emas di sini kerugian RM30,000 selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai anggota polis pada Ahad lalu.

Mangsa berusia 74 tahun pada mulanya menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memberitahu mangsa terlibat dalam kes pengubahan wang haram dan mahu menyemak akaun simpanannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, suspek kemudiannya meminta mangsa memindahkan wang yang terdapat dalam akaun simpanan bagi tujuan siasatan.

Menurutnya, mangsa memindahkan wang sebanyak RM30,000 ke dalam akaun milik orang yang tidak dikenali pada Isnin.

"Selepas selesai membuat transaksi, pihak bank telah menegur mangsa kerana memindahkan duit ke akaun orang yang tidak dikenali.

"Mangsa yang tersedar ditipu tampil membuat ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Artikel Berkaitan: