Rumah dinaiki air, 33 penduduk dipindahkan

Bomba membantu memindahkan mangsa banjir ke PPS Surau Sungai Kuning, Selama malam tadi. - Foto JBPM
Bomba membantu memindahkan mangsa banjir ke PPS Surau Sungai Kuning, Selama malam tadi. - Foto JBPM
A
A
A

SELAMA - [DIKEMASKINI] Seramai 33 mangsa banjir dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Surau Sungai Kuning, Rantau Panjang di sini malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, penduduk daripada 10 keluarga itu dipindahkan selepas rumah mereka dinaiki air setinggi satu meter.

“Bomba menerima panggilan berhubung banjir kilat pada jam 8.12 malam dan mangsa terdiri daripada 18 lelaki dan 15 wanita termasuk kanak-kanak.

Mangsa terdiri daripada 10 keluarga dipindahkan selepas air naik ke paras satu meter. - Foto JBPM
Mangsa terdiri daripada 10 keluarga dipindahkan selepas air naik ke paras satu meter. - Foto JBPM

“Pasukan kemudiannya diarahkan untuk memindahkan kesemua mangsa ke PPS Surau Sungai Kuning,” katanya.

Menurutnya, PPS tersebut diarahkan dibuka oleh Penolong Pegawai Daerah pada jam 9 malam bagi menempatkan kesemua mangsa sehingga air surut.

Pada masa sama, pasukan bomba akan terus melakukan pemantauan bagi memastikan keadaan selamat dan terkawal.

Artikel Berkaitan:

Warga emas antara yang diberi keutamaan untuk dipindahkan ke PPS Surau Sungai Kuning, Selama. - Foto JBPM
Warga emas antara yang diberi keutamaan untuk dipindahkan ke PPS Surau Sungai Kuning, Selama. - Foto JBPM

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Selama dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan PPS Surau Sungai Kuning telah pun ditutup jam 7.30 pagi tadi selepas keadaan cuaca baik dan cerah.