Amaran ribut petir di beberapa kawasan seluruh negara malam ini

Ribut petir dan hujan berterusan dijangka melanda beberapa kawasan di seluruh negara- Gambar hiasan.
Ribut petir dan hujan berterusan dijangka melanda beberapa kawasan di seluruh negara- Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan seluruh negara dengan hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku sehingga jam 10 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, negeri yang dijangka terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Labuan.

Kawasan lain yang diramal turut terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Bera dan Rompin di Pahang; Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang di Sarawak; Sandakan (Tongod) dan Pedalaman Sabah (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort). - Bernama

Artikel Berkaitan: