Kedai serbaneka stesen minyak dipecah masuk

Kedai serbaneka menjadi sasaran penjenayah ketika Perintah Kawalan Pergerakan di mana kedai mahupun stesen minyak ditutup lebih awal.
Kedai serbaneka menjadi sasaran penjenayah ketika Perintah Kawalan Pergerakan di mana kedai mahupun stesen minyak ditutup lebih awal.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang pemilik kedai serbaneka di sebuah stesen minyak di Bakar Arang kerugian kira-kira RM600 selepas kedainya dipecah masuk dua lelaki pada jam 10.45 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, dalam kejadian itu, suspek melarikan sekurang-kurangnya 20 kotak rokok, sebuah unit pemprosesan komputer (CPU) dan wang tunai kira-kira RM300.

Menurutnya, kejadian itu disedari mangsa selepas melihat dua lelaki memecah masuk kedainya melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang disambung di telefon bimbitnya.

"Mangsa bergegas ke kedainya dan mendapati suspek telah melarikan diri. Ketika itu, mangsa melihat terdapat kesan umpil dan pecah pada pintu utama.

"Pemeriksaan juga mendapati peti besi wang telah ditarik keluar dari dalam kedai juga ditinggalkan di luar," katanya.

Katanya, berdasarkan semakan rakaman CCTV mendapati suspek berpakaian serba hitam dan menutup muka, bertopi serta bersarung tangan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: