Ayah sumber inspirasi keluarga

Timbalan Mufti Selangor Sahibus Samahah Datuk Dr Hj Anhar Hj Opir, (kanan) bersama Ustaz Fazrul (kiri) sewaktu Majlis Ayah-ayah Pemimpin Masuk Syurga Sekeluarga yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Foto Sinar Harian /Asril Aswandi Shukor.

A
A
A

SHAH ALAM - Lelaki yang bergelar ayah dinasihatkan untuk mencontohi riwayat Nabi Ibrahim dalam membimbing keluarga supaya dapat menjadi sumber inspirasi kepada anak dan isteri.

Timbalan Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir berkata, terdapat tiga perkara utama yang boleh diteladani seorang ayah.

"Pertama, sentiasa mendoakan keluarga pada setiap kali keluar bekerja mencari rezeki.

"Keduanya adalah seorang ayah perlu memberi perhatian terhadap solat anak dan isteri dengan menjadi iman solat fardu di rumah terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ketiga, selain tanggungjawab sebagai seorang ayah, Nabi Ibrahim juga merupakan utusan ALLAH SWT. Sudah pasti isteri memainkan peranan dalam keluarga sewaktu suami keluar melaksanakan tugas. Apabila kita bersama dengan keluarga, kita gunakan masa itu sepenuhnya sebagai masa yang paling berkualiti,” katanya pada program Majlis Ayah bertajuk Ayah Sumber Inspirasi yang bersiaran di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam di sini semalam.

Program dikendalikan Fazrul Ismail sebagai pentadabbur itu turut menampilkan tetamu yang juga Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Abdul Karim Almakki.

Program tersebut disiarkan secara langsung di portal www.sinarharian.com.my, Facebook dan YouTube Sinar Harian, Twitter @SinarOnline serta Facebook Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bermula jam 6 hingga 7 petang setiap hari sepanjang Ramadan.

Artikel Berkaitan:

Timbalan Mufti Selangor Sahibus Samahah Datuk Dr Hj Anhar Hj Opir.
Timbalan Mufti Selangor Sahibus Samahah Datuk Dr Hj Anhar Hj Opir.

Siaran ulangan di TV AlHijrah (4.30 hingga 5.30 pagi) dan di Astro Oasis (10.30 hingga 11.30 malam) pada hari berikutnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, program tersebut menyediakan sesi ‘Berinteraksi dengan Al-Quran; Baca, Faham dan Amal’ khusus buat golongan lelaki terutama yang bergelar ayah.

Menurutnya, antara pengisian program adalah membina perancangan bersama golongan ayah, baca dan tadabbur ayat al-Quran bersama qari pilihan serta pentadabbur.

“Pengisian lain, dengarkan ‘Pesan Pakar’ dan ‘Pesan Ulama’, panduan dan solusi dari al-Quran, Call to Action buat ayah serta doa bersama.

“Terdapat 14 komunikasi antara ayah dan anak di dalam al-Quran dari 17 komunikasi ibu bapa dan anak. Kita hayati mesejnya buat golongan ayah.

“Semoga negara ini terbina dengan para ayah dengan mindset al-Quran, memimpin keluarga, isteri dan anak-anak masuk syurga sekeluarga,” katanya.

Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Abdulkarim Almakki (kanan) bersama Ustaz Fazrul (kiri) sewaktu Majlis Ayah-ayah Pemimpin Masuk Syurga Sekeluarga yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Foto Sinar Harian /Asril Aswandi Shukor.