Tiga tan dadah diseludup menerusi dua pangkalan TUDM sejak 2024 - Saifuddin
26 November 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Tiga tan dadah disyaki jenis methamphetamine (syabu) bernilai RM156 juta dikenal pasti telah diseludup keluar melalui dua pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sabah dan Labuan sejak Ogos 2024, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kegiatan itu dikesan menerusi risikan berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang mengenal pasti 21 transaksi penyeludupan dadah dilakukan me lalui kedua-dua pangkalan berkenaan.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen
