Menjaja, gerai terbuka tak dibenarkan operasi: Annuar

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aktiviti menjaja 'buka meja' dan gerai terbuka tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun dalam bulan Ramadan.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata, arahan itu termasuk kepada mereka yang berniaga dalam kawasan perumahan untuk juadah berbuka puasa.

"Setakat ini hanya kedai makan dan restoran dalam bangunan kekal dengan syarat tidak dihidangkan di premis, hanya untuk take away sahaja dibenarkan beroperasi.

"Sementara bagi kedai terbuka seperti yang disarankan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah tidak dibenarkan," katanya pada Facebook Live Kementerian Wilayah Persekutuan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab persoalan salah seorang pengirim talian Pertiwi, Abdul Rahid Rais yang bertanyakan sama ada dibenarkan berniaga di hadapan rumah dengan konsep take away bermula jam 4 petang hingga 7 petang.

Annuar berkata, bagaimanapun peniaga itu boleh berhubung dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membuat permohonan.

"Jika aktiviti itu berada dalam kawasan kampung atau zon hijau dan perniagaannya hanya untuk bulan Ramadan serta take away sahaja maka bolehlah berunding dengan PBT.

"Tapi bagi kawasan Wilayah Persekutuan, gerai penjaja di kawasan terbuka alah tidak dibenarkan kecuali restoran yang membekalkan take away," katanya.

Artikel Berkaitan: