Polis tak mahu stesen ECRL jadi litar 'mat rempit'

Polis Kelantan akan memantau pekarangan stesen ECRL bagi mencegah kegiatan 'mat rempit'. (Gambar kecil: Mohd Yusoff)
Polis Kelantan akan memantau pekarangan stesen ECRL bagi mencegah kegiatan 'mat rempit'. (Gambar kecil: Mohd Yusoff)
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan akan memantau pekarangan stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi mengelakkan kawasan itu menjadi lokasi kegiatan 'mat rempit' seperti yang pernah berlaku di balai pelepasan terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa di sini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berharap kejadian seumpama itu tidak berulang kerana dibimbangi mencemarkan imej negeri.

"Sabtu lalu kita telah kumpulkan mat-mat motor di negeri ini untuk memberi kesedaran berkaitan perundangan.

"Bagaimanapun kita akan pantau supaya ia tidak berulang," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Selasa.

Media sebelum ini melaporkan balai pelepasan terminal baharu LTSIP yang belum genap sebulan beroperasi sepenuhnya dijadikan litar lumba oleh 'mat rempit'.

Kegiatan itu dikatakan berlaku sejak Ramadan lalu dan berlarutan sehingga Jumaat malam sebelum tular di media sosial susulan rakaman oleh pengguna lapangan terbang berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!