Dakwaan seleweng bantuan makanan perlu disiasat

Salinan laporan polis dibuat Pergerakan Wira Parti Putra Malaysia di IPD Gombak semalam terhadap dakwaan isu penyelewengan, penipuan bantuan makanan asas kepada golongan miskin.
Salinan laporan polis dibuat Pergerakan Wira Parti Putra Malaysia di IPD Gombak semalam terhadap dakwaan isu penyelewengan, penipuan bantuan makanan asas kepada golongan miskin.
A
A
A

GOMBAK - Pergerakan Wira Parti Putra Malaysia membuat laporan polis terhadap dakwaan isu penyelewengan, penipuan bantuan makanan asas kerajaan kepada golongan miskin bagi menggesa kerajaan memberikan maklumat tepat kepada rakyat.

Ketuanya, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif berkata, laporan dibuat merujuk berita tular berkaitan 150 sumbangan makanan asas (bakul makanan) dibangkitkan Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin yang didakwa kurang dari nilai dinyatakan iaitu RM100 daripada Kementerian Kewangan dan RM50 dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Menurutnya, Wira Putra memandang serius kebajikan rakyat miskin dan isu itu tidak patut berlaku diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum diagihkan koordinator yang dilantik.

"Wira Putra memohon polis menyiasat kebenaran dakwaan itu yang mungkin melibatkan unsur pecah amanah, penyelewengan dana, salah laku jenayah individu atau kumpulan tertentu sebelum pengagihan bantuan.

"Kami menggesa kerajaan tidak terus 'double standard' terhadap rakyat," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, di sini hari ini.

Nasrul Ali Hassan berkata, Wira Putra turut mendesak polis menyiasat perkara itu bukan sahaja disyaki penyelewengan tetapi melibatkan perbuatan mencuri bekalan makanan rakyat miskin.

Menurutnya, pihaknya turut kesal terdapat aduan daripada seorang Ahli Parlimen dari Pulau Pinang bahawa koordinator pengagih sumbangan dipercayai dilantik dalam kalangan parti politik pro kerajaan sahaja.

"Langkah itu sudah pasti dibimbangi mengakibatkan pengagihan tidak dihantar secara menyeluruh.

Artikel Berkaitan:

"Kerjasama semua pihak penting bagi memastikan masyarakat tanpa mengira parti, agama dan bangsa yang terhimpit dapat menerima bantuan sewajarnya," katanya.