Rakyat Malaysia di Singapura perlu dapatkan permit masuk

Notis Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.
Notis Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.
A
A
A

SINGAPURA - Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk pulang ke tanah air dari Singapura melalui jalan darat perlu mendapatkan Permit Masuk daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini bermula 27 April.

Menurut notis umum di laman Facebook, pemohon perlu menghantar butiran berikut - nama, nombor kad pengenalan dan pasport, tarikh berlepas - ke alamat e-mel stmsg@mhc.org.sg, sekurang-kurangnya dua hari sebelum tarikh berlepas.

Satu salinan pas - Penduduk Tetap Singapura, Pas Jangka Panjang, Permit Kerja, Pelajar dan lawatan sosial - perlu dilampirkan bersama.

Setelah diluluskan, Suruhanjaya Tinggi akan membalas e-mel mereka yang mengandungi nombor rujukan unik.

Mereka kemudiannya perlu mencetak atau mengambil tangkapan skrin telefon bimbit e-mel tersebut dan diserahkan di Pusat Pemeriksaan Imigresen Malaysia di Johor Bahru.- Bernama

Artikel Berkaitan: