X

Kindly register in order to view this article
!

Selamat jalani ibadah puasa

Lee Chong Wei - Foto AFP
A
A

Bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sempat menitipkan ucapan selamat menjalani ibadah puasa kepada umat Islam di seluruh dunia terutamanya di Malaysia.

"Bulan puasa 2020 memang istimewa. Saya pasti semua rakyat Malaysia akan ingat selama-lamanya dan diceritakan kepada anak cucu nanti pada masa akan datang.

"Walaupun saya tidak menjalani ibadah puasa tetapi saya harap kawan-kawan semua dapat berpandangan positif berpuasa MCO (Perintah Kawalan Pergerakan) di rumah dengan keluarga tersayang," katanya dalam laman Facebook peribadinya hari ini.

Bersempena bulan Ramadan yang mula disambut hari ini, Chong Wei turut berkongsi cerita dan pengalamannya ketika menuntut di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

"Saya selalu ingat waktu belasan tahun baru masuk Bukit Jalil (SSBJ). Latihan penat gila, matahari terik gila. Coach (Jurulatih) pula tak tahulah kenapa, gaduh dengan bini atau kalah stok market, marah saja hari itu. Bawa pasukan pemain pelapis termasuk saya terus pergi trek balapan, suruh lari 12km (kilometer). Punyalah panas.

"Sambil saya lari, saya toleh belakang, hati kesian dengan rakan sepasukan muslim, H yang usia jambu macam saya. Saya tanya dia ok tak? Dia jawab ok walaupun muka pucat.

"Selepas habis saja 12km, tercangkung duduk di tepi penjuru stadium, minum air sambil basahkan muka disebabkan sangat panas. H pun sampai, ingatkan nak minta air, kita pun sedia nak hulur.

"Namun, dia hanya senyum, basuh muka dan beransur pulang ke hostel. Respek (hormat) sangat. Waktu berbuka puasa terlihat wajah kepuasan H apabila terdengar azan. Hormat saya pada dia sampai sekarang tak pernah luntur," ujarnya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!