Tazkirah Ramadan Majlis Ayah dapat sambutan ramai

Tazkirah Ramadan Majlis Ayah, ‘Ayah Pemimpin Masuk Syurga Sekeluarga’.
Tazkirah Ramadan Majlis Ayah, ‘Ayah Pemimpin Masuk Syurga Sekeluarga’.
A
A
A

SHAH ALAM - Program berinteraksi bersama al-Quran, Tazkirah Ramadan Majlis Ayah, ‘Ayah Pemimpin Masuk Syurga Sekeluarga’ yang mula bersiaran hari ini melalui Facebook Sinar Harian mendapat sambutan ramai.

Tazkirah Ramadan Majlis Ayah, ‘Ayah Pemimpin Masuk Syurga Sekeluarga’ akan diteruskan selama sebulan sepanjang Ramadan.

Program yang diadakan di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah itu bertujuan membuka peluang kepada golongan bapa bersama-sama menghayati al-Quran dan mendapat ilmu untuk memimpin keluarga.

Majlis berkenaan dikendalikan oleh Ketua Penyelidik Warisan Ummah Ikhlas Foundation (WUIF), Fazrul Ismail dan dimulakan dengan bacaan al-Quran yang dipimpin oleh Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sheikh Abdul Karim Omar Al-Makki.

Sesi kedua ialah bacaan ayat-ayat al-Quran bersama qari, Ahmad Tirmizi Ali sementara sesi ketiga ialah tadabbur al-Quran yang dikendalikan oleh Fazrul.

Program itu disiarkan secara langsung melalui Facebook Live di Sinar Harian dan TV Alhijrah pada jam 6 hingga 7 petang setiap hari.

Artikel Berkaitan: