Laluan Berdang-Sungai Rual beri impak positif

Rina diiringi Sazmi (dua, kiri) dan Mustapa (kiri) menandatangani plak sebagai simbolik perasmian.
Rina diiringi Sazmi (dua, kiri) dan Mustapa (kiri) menandatangani plak sebagai simbolik perasmian.
A
A
A

JELI - Projek naik taraf jalan Kampung Berdang ke Kampung Sungai Rual Melayu seterusnya ke Kampung Sungai Rual bukan sahaja dapat memendekkan jarak perjalanan malah turut membantu meningkatkan industri hiliran.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, projek naik taraf melibatkan kos RM85 juta itu memudahkan penduduk mengangkut hasil pertanian mereka dengan mudah untuk dipasarkan secara terus tanpa melalui orang tengah.

“Tidak hanya menjadi perhubungan antara kampung terlibat, malah laluan ini turut memberi impak positif kepada penduduk termasuk dari segi sosio ekonomi.

“Dengan adanya laluan sepanjang 5.6 kilometer ini, penduduk dapat memasarkan sendiri hasil pertanian mereka sekali gus membantu penduduk menjana pendapatan lebih tinggi,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Terdahulu, Rina hadir merasmikan Projek Naiktaraf Jalan Kampung Berdang ke Kampung Sungai Rual Melayu ke Sungai Kampung Sungai Rual yang turut dihadiri, Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan, Datuk Sazmi Miah dan Ahli Parlimen Jeli, Datul Seri Mustapa Mohamed di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan: