[KIRAAN SEMASA] PRN Melaka: Pengkalan Batu dijangka dimenangi BN

SHAH ALAM - Calon Barisan Nasional (BN), Siti Aisyah Mahmood mendahului saingan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu berdasarkan kiraan semasa tidak rasmi setakat ini.
Beliau memperoleh 7,123 undi, jauh meninggalkan calon Pakatan Harapan (PH), Jason Tze-Xi Nathan yang meraih 3,597 undi.
Sementara itu, calon Bersatu, Norhizam Hassan Baktee memperoleh 523 undi, manakala calon Parti Bersama, Goh Han Koon mendapat 401 undi.
Berdasarkan paparan kiraan berkenaan, BN mendahului dengan majoriti 3,526 undi berbanding PH.
Jumlah undi yang diterima semua calon ialah 11,644, manakala 107 undi rosak direkodkan daripada keseluruhan 11,751 kertas undi yang dikeluarkan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
