PRN Melaka: Pengundi dakwa nama ditanda sebelum mengundi, SPR diminta beri penjelasan
14 November 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta memberikan penjelasan berhubung aduan seorang pengundi di Merlimau yang mendakwa namanya sudah ditandakan sebagai telah mengundi walaupun belum menunaikan tanggungjawab itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari berkata, perkara itu antara beberapa aduan yang dibangkitkan sepanjang proses pengundian berlangsung, selain isu penyebaran risalah dan perhimpunan di hadapan pusat mengundi.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #PH #adlyzahari
