[KIRAAN SEMASA] PRN Melaka: Akmal Saleh dahului di Merlimau, abang di tempat kedua di Bemban

MELAKA - Calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mendahului pencabarnya, manakala abangnya, Muhammad Solehin Saleh berada di kedudukan kedua di DUN Bemban.
Setakat jam 7.30 malam, Akmal yang juga Ketua Pemuda BN memperoleh 6,805 undi, meninggalkan calon Pakatan Harapan (PH), Rahayu Hamzah dengan 2,140 undi.
Sementara itu, di Bemban, Muhammad Solehin daripada Parti Bersama Malaysia (Bersama) berada di tangga kedua dalam saingan yang menyaksikan pertembungan empat penjuru.
Setakat ini, calon PN, Mohd Yadzil Yaakub memperoleh 2,846 undi, diikuti Muhammad Solehin dengan 899 undi, manakala calon Bersatu, Muhammad Rabaie Ab Hamid memperoleh 5,111 undi dan Calon Bebas, Abd Halim Said pula mendapat 83 undi.
Sementara itu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Pusat Operasi BN-PN di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada jam 7.30 malam.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
