Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

PRN Melaka: Enam hari bersalin, tetap gagahkan diri keluar mengundi

14 November 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A

PRN Melaka: Enam hari bersalin, tetap gagahkan diri keluar mengundi

Walaupun baru enam hari melahirkan anak dan masih dalam tempoh berpantang, seorang pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong tetap menggagahkan diri hadir ke pusat mengundi bagi menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Farah Shazwani Ali.

Sharifah Nur Aisyah Tengku Syed Naharudin, 20, dari Taman Seri Duyong tiba di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Duyong kira-kira jam 8.15 pagi Sabtu, ditemani bapanya, Tengku Syed Naharudin Tengku Syed Shahrudin, 45, yang turut mengundi di pusat berkenaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804520/berita/politik/prn-melaka-enam-hari-bersalin-tetap-gagahkan-diri-keluar-mengundi

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaTerkini #Politik #PRNMelaka #HariUndi