PRN Melaka: 17.6 peratus pengundi tunai tanggungjawab setakat jam 10 pagi

MELAKA - Sebanyak 17.96 peratus atau 120,162 pengundi daripada 669,211 pengundi biasa menunaikan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 setakat jam 10 pagi pada Sabtu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) yang merekodkan jumlah keluar mengundi tertinggi ialah Taboh Naning dengan 19.97 peratus daripada 24,282 pengundi, diikuti Serkam (19.94 peratus daripada 11,174 pengundi) dan Tanjung Bidara (19.92 peratus daripada 21,104 pengundi).
ARTIKEL BERKAITAN: PRN Melaka: 240 pusat mengundi dibuka serentak jam 8 pagi
PRN Melaka: Warga emas tidak lena tidur teruja mahu raikan pesta demokrasi
PRN Melaka: Selesai mengundi, Ab Rauf ingatkan pengundi jangan tunggu petang
PRN Melaka: Selepas 14 tahun, empat beranak asal Kelantan pertama kali undi di Melaka
PRN Melaka: Diserang strok ketika memandu, Syamsinar tetap gigih mengundi
PRN Melaka: Bergegas mengundi, apron berniaga pun tak sempat ditanggalkan
Tiga DUN mencatatkan peratusan keluar mengundi terendah ialah Sungai Udang (16.39 peratus daripada 20,209 pengundi), Bandar Hilir (16 peratus daripada 22,818 pengundi) dan Kesidang (15.27 peratus daripada 53,972 pengundi).
Sebanyak 240 pusat mengundi biasa dengan 1,213 saluran dibuka serentak jam 8 pagi hingga 6 petang bagi membolehkan rakyat Melaka memilih kerajaan negeri baharu untuk penggal akan datang.
Secara keseluruhannya, terdapat 675,166 pengundi biasa bagi PRN kali ini, dengan 5,955 daripada mereka mengundi secara pos. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
