Gempa bumi bermagnitud 5.2 landa Indonesia

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 dikesan berlaku di Luar Pantai Barat Sumatera Utara, Indonesia pada Sabtu.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu memaklumkan gempa bumi itu tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.
Menurut kenyataan itu, gempa bumi berkenaan berlaku pada kedudukan 3.2° utara dan 92.7° timur, kira-kira 364 kilometer (km) barat dari Simeulue, Indonesia.
MetMalaysia turut memaklumkan gempa itu berlaku pada kedalaman 70 kilometer. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
