Ayam lada hitam kegemaran anak-anak

Dayang Kartini menunjukkan hidangan ayam masak lada hitam hasil air tangannya.
Dayang Kartini menunjukkan hidangan ayam masak lada hitam hasil air tangannya.
A
A
A

KUANTAN - Menjelang Ramadan pasti ibu-ibu di rumah mula memikirkan juadah yang ingin dimasak buat menjamu keluarga tercinta.

Tidak ketinggalan bagi ibu kepada lima anak ini, Dayang Kartini Awang Bujang yang sentiasa mengutamakan selera anak-anak dalam memilih juadah berbuka puasa.

Beliau yang merupakan Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Pahang berkata, antara menu wajib ialah ayam masak lada hitam.

"Sepanjang bulan Ramadan menu rutin yang akan dimasak ialah menu kegemaran anak-anak.

"Antara menu wajib yang selalu saya kena sediakan untuk mereka adalah ayam masak lada hitam. Menu ini ringkas, mudah dan tidak pedas, sesuai untuk selera anak-anak," katanya.

Ayam masak lada hitam.
Ayam masak lada hitam.

Menurut beliau, antara keunikan resipi ini ialah menggunakan gula apong sama seperti gula kabong atau gula Melaka namun ia merupakan makanan tradisi Serawak yang lebih sedap dan manis.

"Ayam digoreng hingga masak. Kemudian tumis bawang Holland, bawang merah, bawang putih, halia sampai naik bau.

Artikel Berkaitan:

"Selepas itu baru masukkan air, lada hitam, lada putih yang telah ditumbuk halus dan gula apong. Sebaik mendidih sahaja terus masukkan kicap pekat, kicap masin, sos tiram dan masukkan lobak merah dan kacang panjang

"Selepas itu masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Biarkan mendidih. Menu ni sedap dinikmati dengan nasi putih ketika panas-panas. Untuk hiasan boleh letakkan kacang pees, cili merah dan kismis," katanya.

Sekiranya tiada lada hitam atau putih boleh gunakan perencah lada hitam yang siap dijual di pasaran dalam bungkusan pek segera.

Menu tersebut bukan sahaja membuka selera seisi keluarganya ketika berbuka bahkan ketika bersahur.

Kepekatan boleh disukat dengan melebihkan atau mengurangkan air.

Resipi ayam masak lada hitam:

A. Untuk ayam

- ½ ekor ayam (dipotong kecil-kecil)

- Kunyit

- Garam

- Perasa

- Lada sulah

(ayam digoreng sampai masak, jangan sampai garing)

B. Bahan-bahan

- 1 biji bawang Holland (dihiris )

- 2 biji bawang merah (Dihiris)

- 3 ulas bawang putih (Dihiris)

- ½ inci halia muda (dicincang halus)

- 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk halus)

- 1 sudu kecil lada putih (ditumbuk halus)

- Gula apong (gula kabong/gula Melaka)

- 2 sudu besar kicap pekat

- 2 sudu besar kicap masin

- 2 sudu besar sos tiram

- 1 batang lobak merah

- 4 batang kacang panjang

- Garam

- Perasa

- Air