Sila log masuk terlebih dahulu.

Makanan kegemaran anak 'terbang' ke Nepal setiap kali Aidilfitri

24 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 24 APRIL 2023

Biarpun luluh hati seorang bapa apabila diberitahu anaknya ditahan kerana cuba menyeludup dadah lapan tahun lalu, namun tiada secalit pun perasaan benci terhadap darah dagingnya itu yang kini menjalani hukuman penjara 20 tahun di Nepal atas kesalahan tersebut, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Kasih Jamaluddin Malek, 72, terhadap anaknya Marina, 44, tiada penghujung apabila dia tidak pernah lupa menghantar biskut raya dan rendang ayam kering kegemaran anak sulungnya itu setiap kali Aidilfitri.

Marina ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Nepal ketika dalam perjalanan ke Itali melalui Kathmandu, Nepal selepas didapati cuba menyeludup kokain seberat 11 kilogram yang disembunyikan di dalam komputer riba.

Menurut Jamaluddin, perasaan rindunya terhadap Marina setiap kali menyambut Aidilfitri tidak pernah padam malah jika berkemampuan, dia ingin ke Nepal bertemu anaknya.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com