Ribut petir, hujan lebat diramal landa 10 negeri

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 10 negeri selain Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 6 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam amaran yang dikeluarkan pada 3.40 petang memaklumkan keadaan cuaca itu diramal melibatkan seluruh Perlis, Selangor dan Melaka, manakala di Kedah hanya membabitkan Langkawi.
Tinjauan Bernama mendapati hujan lebat mula melanda ibu kota manakala renyai di Putrajaya selain beberapa kawasan di Selangor.
Di Perak, kawasan dijangka terjejas meliputi Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim, Bagan Datuk, Hilir Perak, Perak Tengah serta Manjung.
Situasi sama turut diramal di Pahang membabitkan Cameron Highlands, Lipis dan Raub; di Negeri Sembilan meliputi Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau manakala di Johor melibatkan daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Kulai, Pontian serta Johor Bahru.
Bagi Sarawak, kawasan diramal mengalami cuaca buruk ialah Kuching (Kuching dan Bau); Serian (Tebedu); Sibu; Sarikei (Julau); Mukah (Mukah, Dalat dan Matu); Kapit (Song dan Kapit); Bintulu; Miri (Beluru, Marudi, Miri dan Subis) serta Limbang.
Di Sabah pula, amaran berkenaan merangkumi kawasan Pedalaman (Sook, Tambunan, Keningau, Membakut dan Beaufort); Pantai Barat (Papar, Penampang, Putatan, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau); Tawau (Kalabakan dan Tawau); Sandakan (Kinabatangan, Paitan dan Tongod) serta Kudat (Pitas dan Kudat). - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
