Tragedi lori muatan tar hempap MPV: Pemandu direman empat hari

Pemandu lori (kanan) direman empat hari bagi membantu siasatan.
Pemandu lori (kanan) direman empat hari bagi membantu siasatan.
A
A
A

BATU PAHAT – Pemandu lori membawa muatan tar yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan pasangan suami isteri di Jalan Yong Peng-Muar, berhampiran Parit Yaani, Ahad lalu, direman selama empat hari bermula Rabu.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 30 tahun itu dikeluarkan Majistret Aimi Nawwar Mohamad Othman di Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan.

Lelaki terbabit tiba di mahkamah kira-kira jam 8.15 pagi selepas dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, lori dipandunya dipercayai mengalami masalah tayar pecah sebelum hilang kawalan dan terbalik sehingga menghempap sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki empat sekeluarga.

ori dipandunya dipercayai mengalami masalah tayar pecah sebelum hilang kawalan dan terbalik sehingga menghempap sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki empat sekeluarga.
ori dipandunya dipercayai mengalami masalah tayar pecah sebelum hilang kawalan dan terbalik sehingga menghempap sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki empat sekeluarga.

Insiden itu menyebabkan pasangan suami isteri, Mohd Hardi Mohd Husin, 46, dan Tengku Syafirana Tengku Abdullah, 44, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan serta melecur.

Dua anak mereka, Hasya Fahira Zulkifli, 11, dan Muhammad Adam, 8, turut mengalami kecederaan dan melecur sebelum dibawa ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan.

Kejadian menyayat hati itu turut menyebabkan kedua-dua kanak-kanak berkenaan kehilangan tempat bergantung selepas ibu bapa mereka maut dalam nahas terbabit.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, keluarga itu dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka di Parit Maimon, Parit Sulong selepas selesai membeli barangan keperluan di sebuah pasar raya di Yong Peng.

Sementara itu, pemandu lori terbabit turut mengalami kecederaan pada badan dipercayai akibat terhantuk pada stereng kenderaan ketika kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!