Polis buru dua lelaki lepaskan tembakan depan rumah

Terdapat empat kesan tembakan pada sebuah kereta BMW yang dipercayai dilakukan dua lelaki dalam kejadian di Taman Hijau, Kampung Koh di sini pada Jumaat.
Terdapat empat kesan tembakan pada sebuah kereta BMW yang dipercayai dilakukan dua lelaki dalam kejadian di Taman Hijau, Kampung Koh di sini pada Jumaat.
A
A
A

SITIAWAN - Polis sedang giat mengesan dua lelaki yang disyaki melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta BMW di hadapan sebuah rumah di Taman Hijau, Kampung Koh di sini awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 1.54 petang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4.16 pagi hari sama ketika pengadu berada di dalam rumahnya.

“Pengadu terdengar bunyi letupan sebelum menyedari terdapat empat kesan tembakan pada bahagian pintu sebelah kanan kenderaan miliknya sekitar jam 9 pagi.

“Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati dua suspek yang belum dikenal pasti identiti menghampiri kenderaan berkenaan dengan menaiki motosikal,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Salah seorang suspek kemudian bertindak melepaskan tembakan ke arah BMW berkenaan sebelum kedua-duanya melarikan diri.
Salah seorang suspek kemudian bertindak melepaskan tembakan ke arah BMW berkenaan sebelum kedua-duanya melarikan diri.

Hasbullah berkata, salah seorang suspek kemudian bertindak melepaskan tembakan ke arah BMW berkenaan sebelum kedua-duanya melarikan diri.

Menurutnya, polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, usaha mengesan suspek yang terlibat sedang giat dijalankan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-688 6222, WhatsApp Hotline 017-682 8005 atau di mana-mana balai polis berhampiran.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!