Rebut ganjaran pahala Ramadan di rumah

 Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga ke bulan puasa menjadi peluang terbaik kepada rakyat untuk beribadah bersama keluarga di rumah bagi merebut ganjaran pahala berlipat ganda ketika Ramadan.
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga ke bulan puasa menjadi peluang terbaik kepada rakyat untuk beribadah bersama keluarga di rumah bagi merebut ganjaran pahala berlipat ganda ketika Ramadan.
A
A
A

SHAH ALAM - Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga ke bulan puasa menjadi peluang terbaik kepada rakyat untuk beribadah bersama keluarga di rumah bagi merebut ganjaran pahala berlipat ganda ketika Ramadan.

Pendakwah bebas, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, walaupun banyak kesukaran terpaksa dihadapi ketika PKP, namun ia terselit hikmah kerana rakyat boleh beribadah di rumah bersama keluarga serta dapat belajar dan mendalami al-Quran.

“Kita boleh solat sunat tarawih berjemaah di rumah dengan keluarga. Walaupun solat berjemaah di rumah, kita akan tetap menerima pahala 27 kali ganda,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian baru-baru ini.

Ustaz Wan Akashah berkata, ALLAH SWT tidak menilai di mana ibadah dilaksanakan kerana perkara yang diambil kira adalah keikhlasan hati ketika melakukan ibadah itu.

“Walaupun Islam menggalakkan solat di masjid tetapi dalam keadaan sekarang jika kita pergi, ia datangkan musibah, kita perlu elakkan,” katanya.

Paling penting, beliau berkata, sebagai hamba ALLAH, umat Islam perlu reda dengan ketentuan yang tidak dijangka itu.

Katanya, orang Islam perlu merebut peluang beribadah di rumah sepenuhnya dengan turut memperbanyakkan amalan-amalan sunat.

“Kita boleh belajar, mengaji dan mendalami al-Quran. Kalau boleh habiskan 30 juzuk al-Quran sepanjang PKP dan Ramadan,” katanya.

Artikel Berkaitan: