Masjid Al-Hanan tetap sedia juadah berbuka

Ismail (kiri) dan Ab Razak hanya mampu melihat kerusi meja dikemas kerana tiada majlis berbuka puasa akan diadakan pada Ramadan kali ini.
Ismail (kiri) dan Ab Razak hanya mampu melihat kerusi meja dikemas kerana tiada majlis berbuka puasa akan diadakan pada Ramadan kali ini.
A
A
A

PASIR MAS - Setiap kali bulan Ramadan, Masjid Al-Hanan, Simpang Empat Tendong akan mengadakan majlis berbuka puasa sepanjang 30 hari puasa untuk jemaah masjid serta penduduk setempat.

Namun Ramadan kali ini yang disambut dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memaksa mereka membatalkan acara tahunan itu.

Imam Tua Masjid Al-Hanan, Ismail Ibrahim berkata, pihaknya menggantikan majlis berbuka puasa dengan menyediakan juadah berbuka untuk diagihkan kepada golongan asnaf di kawasan berkenaan.

“Kehadiran wabak ini telah memberikan impak yang cukup besar sehingga menjejaskan kehidupan manusia. Jadi kami terpanggil untuk mengeluarkan sedikit dana dengan menyediakan juadah secara percuma untuk golongan tidak berkemampuan,” katanya selepas meninjau persiapan masjid untuk projek berkenaan di sini semalam.

Hadir sama, Setiausaha Masjid Al-Hanan, Ab Razak Ahmed.

Menurutnya, sumbangan itu diharapkan dapat membantu meringankan beban asnaf sepanjang tempoh PKP.

Katanya, agihan itu akan dilakukan mengikut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

“Kita akan patuhi semua arahan kerajaan seperti penjarakkan sosial, tidak boleh berkumpul ramai-ramai dan sebagainya,” kata beliau.

Artikel Berkaitan:

Ismail berkata, seluruh umat Islam di negara ini diseru untuk terus berdoa kepada ALLAH supaya dunia segera dipulihkan daripada ujian Covid-19.

Katanya, kedatangan Ramadan dilihat sebagai kesempatan terbaik untuk terus berdoa kerana ia merupakan bulan yang penuh berkat.