Pasangan pengantin pertama di Sabak Bernam akad nikah 'online'

Pasangan pengantin bergambar selepas majlis akad nikah dilangsungkan semalam.
Pasangan pengantin bergambar selepas majlis akad nikah dilangsungkan semalam.
A
A
A

SABAK BERNAM - Seorang mekanik dan pasangannya melangsungkan majlis akad nikah secara sidang video yang pertama di Sabak Bernam di sini semalam.

Fazli Halim Mohd Hamka, 21, dan Noor Aina Nabilah Hairol Azmi, 19, dinikahkan Pegawai Tadbir Agama Daerah Sabak Bernam, Nasrul Hadi Rohani mewakili bapa pengantin perempuan yang disempurnakan dalam sekali lafaz.

Majlis pernikahan jam 10 pagi itu berlangsung di rumah pengantin lelaki di Kampung Bumi Hijau, Sabak Bernam, manakala pengantin perempuan pula berada di Jalan Pegawai, Kuaters Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam.

Ibu pengantin perempuan, Noor Aliza Hamin, 42, berkata, dia bersyukur apabila anaknya disatukan dalam ikatan sah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas mendapat kelulusan khas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk dinikahkan.

"Kami mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan setelah diberi penerangan mengenai proses nikah," katanya.

Pasangan pengantin melangsungkan majlis akad nikah secara sidang video yang pertama di Sabak Bernam di sini semalam.
Pasangan pengantin melangsungkan majlis akad nikah secara sidang video yang pertama di Sabak Bernam di sini semalam.

Menurut Noor Aliza, anak bongsu dua beradik itu sebelum ini dijadualkan bernikah pada 5 April lalu selepas mengikat tali pertunangan pada 30 Mac lalu.

"Kami sekeluarga bersyukur apabila permohonan akad nikah mendapat kelulusan khas JAIS dan lebih istimewa pernikahan ini dapat dilangsungkan ketika hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam menyambut ketibaan Ramadan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Noor Aliza berkata, pihak keluarganya bercadang mengadakan majlis persandingan 6 Mac tahun depan bergantung kepada keadaan semasa dan keselamatan negara berikutan penularan wabak Covid-19.

"Sepatutnya majlis berlangsung pada 27 Jun ini, namun atas arahan kerajaan yang menetapkan tiada sebarang perhimpunan dan aktiviti dilakukan sehingga hujung tahun ini menyebabkan majlis persandingan terpaksa ditangguh ke tarikh lain," katanya.