Suspek kes bunuh 17 tahun lalu berjaya diberkas

Suspek berjaya diberkas selepas disyaki terlibat dalam kes bunuh yang berlaku 17 tahun lalu di Penampang.
Suspek berjaya diberkas selepas disyaki terlibat dalam kes bunuh yang berlaku 17 tahun lalu di Penampang.
A
A
A

PENAMPANG - Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan lebih 17 tahun lalu, berjaya diberkas di sebuah kediaman sekitar Kolombong, Inanam pada Khamis lalu.

Suspek berusia 42 tahun adalah individu dikehendaki pihak polis berkaitan kes bunuh seorang lelaki yang berlaku di daerah ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Penampang, Asisten Superintenden Arisanti Aziz berkata, tangkapan berjaya dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.

"Hasil usaha pengesanan dan siasatan yang berterusan, berjaya menahan lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan yang berlaku lebih 17 tahun lalu.

"Siasatan melibatkan kematian seorang lelaki di Beverly HIlls, di sini pada 11 April 2009," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Arisanti berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Jika disabit kesalahan, boleh membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tapi tidak lebih 40 tahun.

"Jika tidak dijatuhkan hukuman mati, perlu dihukum dengan sebatan tidak kurang 12 kali, tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang terpakai," katanya.

Sehubungan itu katanya, kejayaan tangkapan itu membuktikan komitmen dan kesungguhan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras jenayah.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu bagi memastikan individu yang disyaki terlibat dalam jenayah serius terus dikesan dan dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!