Yusof dilantik menerajui MAMPU

Datuk Dr Yusof Ismail
Datuk Dr Yusof Ismail
A
A
A

PUTRAJAYA - Datuk Dr Yusof Ismail dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam kenyataannya berkata, Yusof mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan awam terutamanya dalam bidang kewangan, pelaburan strategik dan ekonomi dan telah berkhidmat sejak 32 tahun lalu.

"Jawatan pertama yang disandangnya adalah sebagai Penolong Setiausaha, Bahagian Ekonomi di Kementerian Kewangan pada 12 Januari 1988.

"Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Transformasi dan Pemodenan Pengurusan) MAMPU," katanya.

Menurut kenyataan itu, Yusof juga pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Bahagian (Bahagian Pelaburan Strategik), Kementerian Kewangan.

"Semoga dengan pelantikan ini, kecekapan dan keberkesanan MAMPU melaksanakan transformasi kerajaan digital ke arah penawaran perkhidmatan yang berpaksikan rakyat diperkasakan," katanya dalam kenyataan itu.

Yusof, 58, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya, Ijazah Sarjana Pembangunan Ekonomi dari

Williams College, Massachusetts, Amerika Syarikat dan Doktor Falsafah Pembangunan Komuniti dari Universiti Putra Malaysia.

Artikel Berkaitan: