Sembilan individu ditipu sindiket jual penutup hidung, mulut

Sembilan individu terpaksa berputih mata apabila ditipu sindiket menjual penutup hidung dan mulut dalam talian
Sembilan individu terpaksa berputih mata apabila ditipu sindiket menjual penutup hidung dan mulut dalam talian
A
A
A

KEPALA BATAS - Sembilan individu terpaksa berputih mata apabila ditipu sindiket menjual penutup hidung dan mulut dalam talian melibatkan kerugian berjumlah RM53,135 sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, berdasarkan siasatan awal polis, penipuan itu didalangi sindiket warga tempatan dan mereka mengambil kesempatan terhadap orang ramai yang memerlukan penutup hidung dan mulut ketika ini.

"Setakat ini, seramai sembilan orang telah menjadi mangsa termasuk terbaharu seorang lelaki berusia 29 tahun mahu membeli penutup hidung dan mulut berkenaan untuk kegunaan sendiri dan rakan-rakannya kerana sukar mendapatkannya di farmasi serta kedai.

"Dalam kejadian semalam, pekerja swasta itu membuat tempahan sebanyak tujuh kotak bernilai RM550 kepada suspek menerusi laman sosial Facebook, namun hanya menyedari ditipu selepas gagal menghubungi penjual serta membaca komen-komen mendapati ramai menjadi mangsa suspek," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Lelaki itu membuat laporan polis dan pihaknya kini giat mengenal pasti suspek yang terlibat dalam penipuan itu.

Beliau menasihati orang ramai agar berhati-hati jika membuat pembelian dalam talian dan membuat semakan melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmula/ terlebih dahulu sebelum membeli. - Bernama

Artikel Berkaitan: