Bantuan khas pemandu teksi, kereta sewa akan diagihkan pada Rabu - Anthony

Anthony (empat dari kanan) ketika bercakap kepada pemberita di Putrajaya pada Isnin.
Anthony (empat dari kanan) ketika bercakap kepada pemberita di Putrajaya pada Isnin.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Bantuan khas kewangan secara sekali bayar sebanyak RM1,000 kepada 38,000 pemandu teksi termasuk kereta sewa serta 15,000 pemandu bas sekolah di seluruh negara akan diagihkan bermula Rabu ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, bantuan khas ini akan dibayar kepada penerima secara terus akan dilaksanakan seawal minggu ini.

Menurutnya, pelaksanaan itu selaras dengan pembentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen pada Jumaat.

“Maka bermula seawal Rabu ini, kita akan mengagihkan bantuan ini secara berfasa-fasa, secara berperingkat.

“Kumpulan pertama pemandu teksi dan kereta sewa serta pemandu bas sekolah akan kita jemput untuk datang ke kementerian bagi menerima baucar.

“Selepas itu, pengagihan akan disusuli kumpulan-kumpulan lain secara berperingkat,” katanya dalam sidang media di Kementerian Pengangkutan, di sini pada Isnin.

Menurut Anthony, bantuan itu dapat dilaksanakan menggunakan hasil kerajaan yang diperoleh daripada penjualan nombor pendaftaran khas siri H yang menjana kira-kira RM91 juta.

Tambah beliau, hasil berkenaan dikembalikan kepada golongan pemandu sebagai sebahagian daripada usaha membantu mereka.

“Jadi kita kembalikan kepada pemandu teksi, kereta sewa dan juga bas sekolah.

Artikel Berkaitan:

“Sebab itu bayaran ini memang kita komited untuk berikan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Beliau berkata, pengagihan segera itu juga diharap membolehkan pemandu beragama Hindu menerima bantuan berkenaan sebelum sambutan Deepavali.

Beliau menjelaskan, inisiatif berkenaan merupakan antara langkah kerajaan membantu golongan pemandu selain beberapa langkah lain yang diumumkan menerusi Belanjawan Madani 2027.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!