Belanjawan2027: Tindakan tatatertib mahasiswa berkaitan kebebasan bersuara dihentikan

Langkah itu diumumkan ketika kerajaan sedang menyediakan kerangka perundangan baharu bagi menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). - Gambar hiasan
Langkah itu diumumkan ketika kerajaan sedang menyediakan kerangka perundangan baharu bagi menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Semua prosiding tatatertib di universiti awam berkaitan kebebasan bersuara, penyataan pandangan, kritikan awam dan perhimpunan aman dihentikan berkuat kuasa serta-merta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu diumumkan ketika kerajaan sedang menyediakan kerangka perundangan baharu bagi menggantikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Beliau yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, kerangka yang disediakan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) itu akan merangkumi autonomi universiti, kebebasan akademik dan hak mahasiswa.

“Berkuat kuasa serta-merta, semua prosiding tatatertib di universiti awam berkaitan kebebasan bersuara, penyataan pandangan, kritikan awam dan perhimpunan aman telah dihentikan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan MADANI 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!