Belanjawan 2027: Pakej RM160 juta bantu tingkat pendapatan, kebajikan pekerja gig
09 Oktober 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Kira-kira 600,000 pemandu e-hailing dan penghantar p-hailing bakal menikmati peningkatan pendapatan bersih serta perlindungan kebajikan menerusi pakej bernilai RM160 juta yang akan dilaksanakan mulai 2027.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pakej yang dibiayai bersama oleh kerajaan dan Grab itu merangkumi peningkatan kadar pendapatan minimum, bantuan kos penyelenggaraan kenderaan, insurans serta caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
#SinarHarian
#Belanjawan2027
#SuaraRakyat
#Bajet2027
#AnwarIbrahim
#EkonomiMADANI
#MalaysiaMADANI
