Belanjawan 2027: Duti setem rumah pertama hingga RM500,000 dikecualikan

Bagi rumah sehingga RM750,000 pula, pengecualian penuh untuk RM500,000 pertama dan 50 peratus bagi bakinya. - Gambar hiasan
Bagi rumah sehingga RM750,000 pula, pengecualian penuh untuk RM500,000 pertama dan 50 peratus bagi bakinya. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan bercadang memberikan pengecualian penuh duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik bagi rumah pertama berharga sehingga RM500,000 melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi rumah sehingga RM750,000 pula, pengecualian penuh untuk RM500,000 pertama dan 50 peratus bagi bakinya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, perkara itu terpakai bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030.

"Ke arah sifar projek perumahan terbengkalai menjelang 2030, pengecualian penuh duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik yang disempurnakan oleh kontraktor atau pemaju penyelamat serta pembeli asal.

"Pengecualian ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030," katanya ketika pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, di sini pada Jumaat.

Tambah beliau, inisiatif yang diambil itu bakal membantu memberi jaminan kepada 80,000 pembeli rumah pertama di negara ini.

Ujarnya, jaminan itu memberi keutamaan kepada individu yang bekerja sendiri dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!