Pegawai kanan agensi kerajaan kemuka dokumen palsu RM15,000 ditahan

SPRM Sabah menahan seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan negeri disyaki mengemukakan dua dokumen palsu membabitkan kira-kira RM15,000. Foto hiasan
SPRM Sabah menahan seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan negeri disyaki mengemukakan dua dokumen palsu membabitkan kira-kira RM15,000. Foto hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas disyaki mengemukakan dua dokumen mengandungi butir matan palsu berkaitan tuntutan perbelanjaan mesyuarat serta lawatan kerja pegawai kanan sebuah kementerian, membabitkan kira-kira RM15,000.

Suspek wanita berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 10 pagi Selasa ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Sandakan.

Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2023 dan 2024.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

"Suspek akan dituduh pada 8 Oktober 2026 di Mahkamah Sesyen Rasuah Sandakan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!