Bersatu Pahang kecam label ‘bacul’ Takiyuddin

Bersatu Pahang menolak sekeras-kerasnya sebarang cubaan memperlekehkan hak parti itu dalam PN.
Bersatu Pahang menolak sekeras-kerasnya sebarang cubaan memperlekehkan hak parti itu dalam PN.
A
A
A

KUANTAN - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang mengecam kenyataan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang melabel parti itu sebagai bacul.

Ketua Penerangan Bersatu Pahang, Zakaria Abdul Hamid menegaskan bahawa pihaknya menolak sekeras-kerasnya sebarang cubaan memperlekehkan hak Bersatu dalam PN.

Menurutnya, keberanian bukan sekadar petah bercakap di hadapan mikrofon, sebaliknya perlu disertai kesediaan untuk duduk semeja, berdepan dengan persoalan dan mempertahankan keputusan berdasarkan perlembagaan serta prinsip yang dipersetujui bersama.

"Disebabkan takut menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), Takiyuddin mengambil pendekatan menagih simpati dengan melabel pihak lain sebagai bacul.

"Bersatu bukan tetamu dalam PN, sebaliknya merupakan parti komponen yang mempunyai hak, suara dan kedudukan yang mesti dihormati," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, sekiranya PN mahu terus menjadi wadah perjuangan bersama, amalan "telunjuk lurus, kelingking berkait" perlu dihentikan kerana ia memperlihatkan percanggahan antara seruan perpaduan dengan tindakan mengenepikan rakan sendiri.

"Kami tidak gentar mempertahankan hak Bersatu. Jika ada sebarang persoalan mengenai perlembagaan, tadbir urus atau keputusan bersama, jawablah secara terbuka dan berani, bukannya dengan retorik atau serangan murahan," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!