Belanjawan 2027 dibentang 3.30 petang Jumaat ini

Pembentangan Belanjawan 2027 yang bakal dibentang oleh Anwar di Dewan Rakyat, Jumaat ini, diawalkan kepada jam 3.30 petang. Foto: Bernama
Pembentangan Belanjawan 2027 yang bakal dibentang oleh Anwar di Dewan Rakyat, Jumaat ini, diawalkan kepada jam 3.30 petang. Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pembentangan Belanjawan 2027 yang bakal dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, Jumaat ini, diawalkan kepada jam 3.30 petang.

Perkara tersebut dimaklumkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ramli Mohd Nor.

Menurut beliau, surat pemakluman mengenai perubahan waktu itu telah diedarkan kepada ahli parlimen.

"Antara urusan penting akan dibahaskan dan dipertimbangkan dalam mesyuarat ini ialah Belanjawan 2027 yang mana pembentangan bacaan keduanya diawalkan pada 3.30 petang Jumaat ini,” katanya pada permulaan Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-15 semalam.

Sebelum ini, pembentangan belanjawan bermula pada pukul 4 petang.

Anwar yang juga Menteri Kewangan, bakal membentangkan belanjawan kelima di bawah Kerajaan Madani. - Bernama 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!