Pakai baju besi 'Hull 10km' kumpul dana amal

Manders berlari atas mesin berjalan kaki untuk kumpul dana bantu kanak-kanak kurang bernasib baik. - Foto BBC
Manders berlari atas mesin berjalan kaki untuk kumpul dana bantu kanak-kanak kurang bernasib baik. - Foto BBC
A
A
A

HULL - Seorang lelaki lengkap berpakaian baju besi berlari sejauh 10 kilometer (km) untuk mengumpul dana bagi badan amal kanak-kanak di Acland Street, Hull.

Menerusi BBC, acara 'Hull 10km' terpaksa ditunda kerana wabak koronavirus (Covid-19), namun Mike Manders,34, tetap mahu meneruskan usaha murninya itu.

Dia berhasrat untuk meneruskan larian amal itu di rumah menggunakan 'treadmill' iaitu mesin alat senaman berjalan kaki.

Bapa kepada enam anak itu berjaya menamatkan cabaran dalam masa 1 jam 38 minit.

Manders pakai baju besi untuk berlari 10km. - Foto BBC
Manders pakai baju besi untuk berlari 10km. - Foto BBC

Dia mahu mengumpulkan dana sebanyak £1,000 (AS$1,244) untuk disumbangkan kepada Action for Children bagi menyokong anak-anak dan keluarga mereka yang kurang bernasib baik.

Manders memilih memakai baju besi tersebut ibarat seperti melindungi orang ramai.

"Saya membaca kisah di sebalik Action For Children dan kehidupan mereka cukup menyentuh hati.

Artikel Berkaitan:

"Jadi saya perlu sumbang wang untuk mereka terus berjuang terutama semasa wabak Covid-19." katanya.