Festival Kota Selatan 2026 tarik lebih 85,000 pengunjung, atasi sasaran awal

A
A
A

Persembahan kuda kepang patuh syariah yang kembali dipentaskan selepas 17 tahun menjadi antara tarikan utama Malam Perasmian dan Malam Gala Festival Kota Selatan 2026 di Dataran Segamat.
Persembahan kuda kepang patuh syariah yang kembali dipentaskan selepas 17 tahun menjadi antara tarikan utama Malam Perasmian dan Malam Gala Festival Kota Selatan 2026 di Dataran Segamat.

SEGAMAT - Lebih 85,000 pengunjung hadir, membanjiri Festival Kota Selatan 2026 (FKS 2026) di Dataran Segamat dalam sepanjang empat hari penganjuran festival itu berlangsung. Jumlah ini dilihat sangat positif kerana melebihi sasaran awal jumlah pengunjung adalah 70,000 orang.

FKS 2026 yang bermula dari 24 hingga 27 September lalu turut berjaya mengembalikan semula kegemilangan persembahan kuda kepang secara patuh syariah selepas kali terakhir dipentaskan pada 2009.

Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Mohd Amran Mohd Haris berkata, festival bertemakan Nuansa Johor itu menjadi platform untuk memperkenalkan keunikan budaya dan warisan negeri kepada pelancong tempatan serta antarabangsa.

Menurutnya, selain persembahan kuda kepang patuh syariah, festival berkenaan turut menampilkan acara Teluk Belanga Fun Walk yang menghimpunkan lebih 500 peserta dari pelbagai kaum, berjalan mengelilingi bandar bersejarah Segamat.

MOHD AMRAN BIN MOHD HARIS
MOHD AMRAN BIN MOHD HARIS

Beliau berkata, "Selain daripada itu, pelbagai persembahan Kesenian Johor turut diketengahkan termasuk zapin, ghazal dan kemplingan selain persembahan kebudayaan masyarakat Cina, India serta Orang Asli."

Artikel Berkaitan:

"Program berkenaan turut menampilkan Pentas Seni Johor, Culture Heritage Trail, Himpunan Pahlawan Johor, Senam Seni 2.0, pertandingan dan demonstrasi permainan tradisional, jualan makanan serta pameran interaktif jabatan dan agensi," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat lalu.

Menerusi ucapan beliau, Mohd Amran turut memaklumkan bahawa bagi tahun 2025, MOTAC telah menyalurkan Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) berjumlah RM1.005 juta kepada 19 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kebudayaan di Johor bagi menyemarakkan aktiviti kebudayaan negeri ini.

Persembahan tarian tradisional pelbagai kaum memeriahkan Festival Kota Selatan 2026 sekali gus menampilkan keunikan warisan seni dan budaya Johor.
Persembahan tarian tradisional pelbagai kaum memeriahkan Festival Kota Selatan 2026 sekali gus menampilkan keunikan warisan seni dan budaya Johor.

Hadir menyempurnakan Majlis Perasmian, Yang Berhormat Tuan Pannir Selvam a/l Paliksina Siwalinggam, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor.

Turut hadir, Yang Berhormat Tuan Anuar Abd. Manap, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam; Tuan Haji Mohd Ezzudin Sanusi, Pegawai Daerah Segamat; dan Yang Berhormat Dato’ Mizan bin Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan JCorp.

Menurut Mohd Amran, penganjuran Festival Kota Selatan 2026 juga mengangkat Johor sebagai destinasi pelancongan yang kaya dengan warisan budaya dan kesenian tradisional pelbagai kaum.

Dalam pada itu, YB. Tuan Pannir berkata, pemilihan Segamat sebagai lokasi festival bertepatan dengan tarikan yang terdapat di daerah tersebut

Katanya, Segamat menjadi pintu masuk di utara Johor yang memiliki kekuatan dalam agro pelancongan dan warisan budaya.

Adat Cukur Jambul yang digarap dalam bentuk persembahan pentas menarik perhatian dan minat pengunjung Festival Kota Selatan 2026.
Adat Cukur Jambul yang digarap dalam bentuk persembahan pentas menarik perhatian dan minat pengunjung Festival Kota Selatan 2026.

Menurut beliau, "Pelaksanaan Festival Kota Selatan 2026 turut memberi nilai tambah kepada ekonomi negeri menerusi peluang kepada pengusaha produk seni budaya, usahawan tempatan dan aktivis seni memperluaskan jaringan, mempromosikan produk serta menjana pendapatan".

"Saya berharap festival seperti ini terus diperkasa dan dipromosi lebih meluas untuk menjadikan Johor sebagai destinasi pelancongan kebudayaan dan kesenian warisan negara," ujarnya

Sementara itu, Pengarah JKKN Negeri Johor, Abd Rashid Abdullah berkata, Festival Kota Selatan edisi ke-6 berjaya menjadikan Segamat sebagai destinasi pelancongan budaya.

Pengunjung dari negeri bersempadan Johor seperti Melaka, Negeri Sembilan Pahang turut hadir memeriahkan suasana.

ABD RASHID ABDULLAH
ABD RASHID ABDULLAH

Justeru itu, terdapat pengelibatan dan peserta dari luar negara seperti Brunei dan Singapura dalam Pertandingan Rentap Gasing Terbuka Johor telah membawa pertandingan ini ke aras antarabangsa.

Menurut Abd Rashid, "Penganjuran ini selaras dengan matlamat JKKN untuk memperluaskan jangkauan seni dan budaya ke kawasan luar bandar sekali gus memberi peluang kepada masyarakat setempat menikmati kepelbagaian warisan negeri."

Bagi seorang guru, Yap Fui Leng, peluang melibatkan pelajar SJK (C) Seg Hwa, Segamat dalam persembahan dan menonton tarian daripada dari pelbagai seni memberi pengalaman baharu buatnya.

YAP FUI LENG
YAP FUI LENG

"Saya dapat mengenali lebih dekat tarian-tarian yang ada dan berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang,' katanya.

Seorang peserta persembahan dari Batu Pahat, Muhammad Haidar Luqman Mohd Noorazam, 15, yang gemar menari berkata, pelbagai cabang kesenian, budaya dan warisan dapat dipelajari menerusi festival tersebut.

MUHAMMAD HAIDAR LUQMAN
MUHAMMAD HAIDAR LUQMAN

"Ini pengalaman baharu untuk saya dan saya sangat seronok dapat belajar serta mengenali kesenian yang lain, malah gembira jika diberi peluang menjayakan persembahan" ujarnya.

Penganjuran Festival Kota Selatan kali ini telah membuka platform seni budaya mendekati masyarakat setempat dan pengunjung yang telah hadir. FKS 2026 rata- ratanya menerima maklumbalas yang positif dari pelbagai pihak dan diharap FKS akan terus diadakan di masa yang akan datang.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!