Berang ditegur ekzos bising, 20 individu serang rumah penduduk

20 individu dilapor menyerang sebuah rumah penduduk gara-gara tidak berpuas hati ditegur ekzos bising.
20 individu dilapor menyerang sebuah rumah penduduk gara-gara tidak berpuas hati ditegur ekzos bising.
A
A
A

JAKARTA – Tidak berpuas hati selepas ditegur kerana bunyi ekzos bising dan memandu secara berbahaya, sekumpulan 20 individu menyerang sebuah rumah penduduk di Perumahan Royal Cikunir, Kota Bekasi, Jawa Barat.

Menurut laporan Radar Kaltim, kumpulan berkenaan menaiki kereta dan motosikal ketika menyerang rumah tersebut.

Pemilik rumah mendakwa turut menerima ugutan termasuk ancaman untuk membakar kediamannya.

Difahamkan, isu berkenaan sudah beberapa kali ditegur dan pernah cuba diselesaikan menerusi pihak Rukun Tetangga (RT).

Bagaimanapun, keadaan kembali tegang sehingga pemilik rumah membuat laporan polis.

Pemilik rumah turut mengesahkan telah menjalani pemeriksaan di Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Kota Bekasi.

Kes berkenaan masih dalam proses pengendalian pihak berkuasa. – Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!