Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Suri rumah menyamar pengarah kanan imigresen, ditahan ketika urus PLKS

01 Oktober 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A

Kegiatan seorang suri rumah yang menyamar sebagai Pengarah Kanan Jabatan Imigresen Malaysia sejak lebih setahun lalu terbongkar selepas wanita itu ditahan ketika menjalankan kegiatan berkenaan di sebuah kafe di Taman Malim Jaya, Melaka opada petang Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

Wanita berusia lingkungan 50-an itu dipercayai sedang menguruskan permohonan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk seorang warga China yang telah membayar RM6,000 bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/798512/berita/semasa/suri-rumah-menyamar-pengarah-kanan-imigresen-ditahan-ketika-urus-plks

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #menyamarpenjawatawam #PLKS