Agong terima menghadap Anwar, bincang perkembangan pentadbiran Persekutuan

Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Anwar di Istana Bukit Tunku pada Selasa. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Anwar di Istana Bukit Tunku pada Selasa. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku di sini pada Selasa.

Dalam pertemuan itu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima sembah maklum berhubung perkembangan terkini urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Menurut hantaran di akaun Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri turut membincangkan beberapa isu semasa yang berkaitan dengan pentadbiran dan perkembangan negara.

Pertemuan Sultan Ibrahim dan Anwar berlangsung hampir sejam, menurut hantaran berkenaan. - Awani

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!