SPRM nafi lambat bertindak kes rasuah

Azmi (kiri) pada Majlis Lambaian Kasih dan Serah Terima Tugas Pengarah SPRM Kelantan, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya Azmin di Kota Bharu pada Isnin.
Azmi (kiri) pada Majlis Lambaian Kasih dan Serah Terima Tugas Pengarah SPRM Kelantan, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya Azmin di Kota Bharu pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan agensi berkenaan lambat bertindak terhadap salah laku rasuah yang dilaporkan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman berkata, pihaknya sentiasa bertindak pantas berdasarkan asas yang ada.

"Dakwaan mengatakan SPRM lambat ambil tindakan terhadap sesuatu laporan adalah tidak benar. Saya sendiri tidak faham, apa lambatnya dan kat mana lambatnya?.

"Kita sentiasa pantas bertindak. Lihat sahaja kes kes yang berlaku contohnya TH (Lembaga Tabung Haji), bila ada laporan dan ada asas, kita teruskan siasatan.Kita bertindak mengikut masa yang sesuai," katanya ketika berucap pada Majlis Lambaian Kasih dan Serah Terima Tugas Pengarah SPRM Kelantan, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya Azmin Yusoff di sini pada Isnin.

Dalam perkembangan sama, Azmi turut menyarankan orang ramai supaya tampil melaporkan kepada SPRM sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung salah laku rasuah, berbanding membuat persepsi di media sosial.

Menurut beliau, SPRM menyediakan pelbagai mekanisme bagi menggalakkan orang ramai tampil membantu usaha membanteras rasuah, termasuk perlindungan pemberi maklumat dan Program Perlindungan Saksi.

"Orang bercakap dalam media sosial, membuat persepsi yang tidak baik. Entah betul, entah tidak.

"Jadi saya minta sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung salah laku rasuah, salurkanlah kepada SPRM, biar kami siasat," katanya.

Dalam pada itu beliau turut menegaskan kerjasama masyarakat dan media amat penting dalam usaha membanteras rasuah, termasuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan melaporkan salah laku kepada pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, peranan media tidak seharusnya terhad kepada pelaporan kes tangkapan, sebaliknya perlu turut merangkumi usaha mendidik generasi muda mengenai bahaya rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

"Kalau kita nak tangkap, rasanya sampai bila-bila pun kita tangkap. Akan ada kes tangkapan, tetapi kalau kita nak mendidik generasi baharu, inilah platform bersama rakan media yang perlu kita gunakan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!