Bekas mudir direman, disyaki amang seksual tiga pelajar lelaki

Bekas mudir sebuah maahad tahfiz di daerah ini direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dakwaan amang seksual terhadap tiga pelajar lelaki berusia 13 dan 14 tahun dalam kejadian antara April hingga September tahun lepas. Foto Bernama

A
A
A

DUNGUN - Bekas mudir sebuah maahad tahfiz di daerah ini direman selama lima hari bermula Ahad bagi membantu siasatan dakwaan amang seksual terhadap tiga pelajar lelaki berusia 13 dan 14 tahun dalam kejadian antara April hingga September tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat berkata, perintah reman sehingga Khamis itu dikeluarkan Majistret Ng Yan Ni selepas membenarkan permohonan pihak polis di Mahkamah Majistret Dungun pada Ahad.

Ketika dihubungi di sini, beliau berkata, permohonan reman itu bertujuan bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 14(b) dan 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dijalankan.

Katanya, lelaki berusia 26 tahun itu yang kini bertugas sebagai guru sambilan hafazan di sebuah sekolah agama di daerah itu ditahan di kediamannya di Paka di sini kira-kira jam 11 malam tadi.

"Polis menerima tiga laporan berhubung kejadian itu semalam dan siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa merupakan bekas pelajar maahad berkenaan pada 2025,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!